TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID *** *** *** *** *** GURU DAN PERUNDANGAN *** *** *** *** KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN *** *** *** *** INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN *** *** *** PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN *** *** *** TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO *** *** ***

Guru dan perundangan

Guru dan Perundangan

2.0 Pengenalan 
Bab ini akan menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan tatalaku dan tertib seorang guru sebagai penjawat awam. Fokus perbincangan ialah tatakelakuan yang banyak berkaitan dengan profesion keguruan. Peraturan-peraturan ini termaktub dalam Perintah Am Bab D. Selain itu, bab ini juga turut memberikan penjelasan berkaitan dengan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru melanggar peraturan tatakelakuan atau tatatertib seperti mana yang diperuntukkan. Bab ini turut menghuraikan peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

2.1 Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib 

  • Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 ( Pindaan 2002 ).
  • Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum 

  • Guru mesti memberi serta menunjukkan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.
  • Guru perlu bertanggungjawab ke atas semua tugags yang dipertanggungjawabkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas.
  • Guru tidak boleh menggunakan peralatan atau barang-barang sekolah untuk hal-hal peribadi.
  • Guru perlu menjaga imej pfofesion keguruan.
  • Dalam melaksanakan tugas, guruu mestilah cekap, berinisiatif, jujur, amanah, dedikasi, bertanggungjawab, tekun serta ikhlas.
  • Guru mesti sentiasa bersedia menerima tugasan dan melaksanakannya dengan kesungguhan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan Kebenaran 

i. Peraturan 4A ( Gangguan Seksual ) 

  • Guru dilarang sama sekali melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan atau bukan lisan.
  • Gangguan ini bukan sahan kepada murid malahan kepada rakan ataupun sesiapa sahaja tidak kira di dalam atau di luar bilik darjah.
ii. Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar )
  • Guru dilarang melakukan kerja-kerja luar kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.
iii. Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti ) 
  • Guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti. ( Sila rujuk Perintah Am Bab C )
iv. Peraturan 23 ( Peraturan-peraturan Lain yang Berlainan ) 
  • Guru perlu mematuhi peraturan berpakaian.
  • Guru dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali yang diperskripkan oleh pengamal perubatan.
  • Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.
  • Guru perlu membuat perisytiharan harta setiap lima tahun sekali.
  • Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius dan tidak boleh meminjamkan wang kepada orang lain dengan mengenakan faedah atau cagaran lain.
  • Guru dilarang membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis berhubung dengan kasar, rancangan dan keputusan kerajaan.
  • Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. Kebenaran perlu diperoleh daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
2.1.3 Tindakan Tatatertib 
  • Pelanggan mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Tatakelakuan Penjawat Awam boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • Tindakan tatatertib yang dikenakan akan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu mengikut jenis-jenis salah laku. 

2.2 Akta Pendidikan 1996 
  • Akta Pendidikan merupakan satu bentuk perundangan pendidikan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik.
  • Ilmu penentu arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
  • Pendidikan negara berperanan untuk mencapai wawasan negara.
  • Akta Pendidikan merupakan misi negara untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. 


 Rumusan 
Dalam bab ini telah dibincangkan perkara-perkara yang berikut:
Sebagai penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.
Sistem pengawalan disiplin dalam bentuk pembetulan dan hukuman berserta dengan langkah-langkah peningkatan disiplin, memerlukan komitmen dan kesungguhan semua pihak bagi melaksanakannya supaya tahap keberkesanan maksimum dapat dicapai.
Pematuhan dan penghayatan tatakelakuan ini akan mewujudkan perkhidmatan keguruan menjadi ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ dan tidak akan berlaku penyelewengan.
Sistem pendidikan negara akan menjadi lebih stabil di samping melahirkan guru yang lebih berkualiti dan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.
Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di mana di dalamnya termaktub perkara-perkara yang berhubung dengan pendidikan negara. Landasan kepada Akta Pendidikan ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akta ini menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Justeru, seseorang guru perlu memahami serta menghayati untuk melahirkan warganegara yang bersepadu dan mencapai matlamat ‘ 1 Malaysia ’. 

Sumber:
Malaysia.(2006). Perintah Am, BabA-Bab G. Petaling Jaya: International Law Book Service














































Sumber:
Malaysia.(2006). Perintah Am, Bab A - Bab G. Petaling Jaya: International Law Book Service.

No comments:

Post a Comment