TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Gangguan Emosi dalam kalangan murid
Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan
seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah
memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan
dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu.
Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas
tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah
yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi
boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di
sekolah.
Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan
murid
Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa
kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan,
kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat
dikenalpasti melalui beberapa tanda.
Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan
murid-murid adalah:
·
Kurang selera makan
·
Loya tekak dan sering muntah
·
Suka menyendiri / mengasing diri
·
Sering sakit perut/ sakit kepala
·
Kemurungan
·
Kelihatan sedih/ kecewa
·
Kurang ke yakinan diri
·
Kerap menangis tanpa sebab
·
Kencing malam
·
Suka menggigit kuku
·
Cepat marah
·
Bertindak agresif/ impulsif
·
Ketakutan dan kebimbangan yang melampau
·
Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk
·
Kerap diserang penyakit
·
Bertingkah laku ganjil
Punca
Gangguan emos
Terdapat banyak
punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah.
Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, ,
faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.
Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.
·
Faktor
Kekeluargaan
- Keadaan keluarga yang kucar kacir,
pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa
- Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan
- hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik beradik
- kurang perhatian, penghargaan dan
kasih sayang daripada ibubapa
- penderaan
oleh ibu bapa atau penjaga
- sikap
ibu bapa yang pilih kasih
·
Faktor
rakan sebaya
- rakan sebaya yang agresif dan sering
bergaduh
- ejekan dan penghinaan daripada rakan
sebaya
- ugutan dan buli rakan sebaya
- rakan sebaya yang suka menunjuk
- disingkir dan tidak diterima oleh
rakan sebaya
·
Faktor
Guru
-
guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi
-
gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
-
kemahiran komunikasi guru
-
guru yang kasar dan agresif
-
Hubungan guru murid yang kurang mesra
- kepimpinan guru yang autokratik
·
Faktor
sekolah
- suasana dan persekitaran sekolah tidak
kondusif
- kurang kemudahan infrustruktur sekolah
- sikap pentadbir sekolah
- budaya sekolah yang hanya
mementingkan kecemerlangan akdemik
- peraturan dan disiplin sekolah yang
terlalu ketat
·
Faktor
persekitaran
- ahli masyarakat yang materialistik
- hasad dengki dan prasangka ahli
masyarakat
- kurang persefahaman dalam kalangan
ahli masyarakat
- diskriminasi dalam masyarakat
Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan
emosi murid
Gangguan emosi dalam
kalangan murid tidak seharusnya
dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru
yang
profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan
sensitif dengan
perubahan diri murid yang mengalami
gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk
membantu murid bagi
mengatasi gangguan emosi tersebut.
Di antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan adalah:
·
Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk
mengenalpasti punca gangguan emosi
·
Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
·
Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif
untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
·
Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
·
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
·
Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
·
Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat
memenuhi kehendak dan keperluan murid
·
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
HAK ASASI
KANAK-KANAK
Kanak-kanak
merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan ini
dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang
selamat dan kondusif.
Sehubungan
itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi
keutamaan.
Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada
20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-kanak untuk memberi
perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. Berdasarkan dokumen konvensyen
tersebut, kanak-kanak adalah diberi perlindungan daripada pengabaian,
penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.
Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa
mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi,kepercayaan agama
dan kebolehan diiktiraf sebagai individu
yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindung dalam
kehidupan mereka.
Prinsip-prinsip
Konvensyen
Konvensyen ini telah menetapkan beberapa prinsip,iaitu;
·
Tidak ada
diskriminasi terhadap kanak-kanak
Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina,
bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta,
ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya mempunyai hak
yang sama.
·
Kepentingan
terbaik bagi kanak-kanak
Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.
Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.
·
Hak
untuk hidup dan berkembang
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
·
Hak
untuk Penyertaan
Kanak-kanak
hendaklah dibolehkan turut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan
kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat dan pandangan. Mereka
mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius
Definisi Kanak-kanak
Perkara 1-
Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun,
melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum
itu.
Hak Kanak-kanak
·
Hak kehidupan
·
Hak Perlindungan
·
Hak Perkembangan
·
Hak Penyertaan
·
Hak
Kehidupan
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas
seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu bapa
atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan hak kanak-kanak untuk
hidup dipenuhi.
Perkara 6 : Semua
kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi
untuk memastikan kewujudan perkembangan kanak-kanak tersebut.
·
Hak
Perlindungan
Hak perlindungan ke atas kanak-kanak merangkumi
perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau
penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak tanpa keluarga atau pelarian harus diberi perlidungan yang
sewajarnya. Di samping itu perlindungan seksual, fizikal, dan eksploitasi,
pengabaian, penyalahgunaan dadah dan diskriminasi juga merupakan hak
kanak-kanak. Negara hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak sekiranya
mereka diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga.
Perkara 3: Negara
hendaklah memberikan penjagaan secukupnya kepada kanak-kanak melalui pihak
berkuasa tempatan yang berkaitan sekiranya kanak-kanak tersebut diabaikan oleh
ibu bapa atau penjaga mereka.
Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu memantapkan semula
aspek asas identiti termasuk kerakyatan
dan hubungan kekeluargaan.
Hak
Perkembangan
Ibu bapa, keluarga
kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak berkembang
dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan
harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang dengan lebih optimum.
Perkara
5: Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa atau keluarga kembangan
untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.
Hak
Penyertaan
Kanak-kanak juga
diberi kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Pandangan
dan pendapat mereka berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan
diguna pakai. Mereka juga berhak untuk menyertai aktiviti atau program
persatuan dan kelab.
Perkara 12: Semua
kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua
perkara berkaitan dengan hal kanak-kanak.
HAK
KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Malaysia telah menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak,1989 dengan mewujudkan
persekitaran, peluang dan ruang hak-hak kanak-kanak tersebut dapat
dilaksanakan.
Di antara
komitmen Malaysia terhadap pengiktirafan hak kanak-kanak, Kerajaan Malaysia
telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut:
·
Konvensyen
Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995
·
Konvensyen
Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
·
Konvensyen
Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997
Hak
kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hak
Kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub dalam konvensyen Hak
Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak Perlindungan, Hak Perkembangan dan
Hak Penyertaan.
·
Hak kehidupan
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak
di Malaysia mesti menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut
kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif.
makanan yang seimbang dan air yang bersih.Ianya dapat menjamin kelangsungan
hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang dan air yang bersih
diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk hidup yang positif dan aktif.
·
Hak Perlindungan
Kanak-kanak di Malaysia merupakan
aset yang sangat berharga untuk masa depan Negara. Oleh yang demikian,
kanak-kanak di Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif
seperti penderaan, pengabaian, ekploitasi dan penghambaan. Perlindungan akan
diberikan kepada kanak-kanak yang didera samada fizikal, emosi atau seksual.
Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian oleh penjaga dan eksploitasi
merupakan fenomena yang berlanjutan dan perlu dibenteras. Kerajaan Malaysia memandang
isu-isu ini sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan Negara. Pihak
yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke atas kanak-kanak akan
dikenakan hukuman yang berat.
·
Hak Perkembangan
Selaras
dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia memberi perhatian yang
serius dalam perkembangan holistik kanak-kanak yang melibatkan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Ibu bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada
kanak-kanak dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal
seperti ilmu agama dan nilai moral. Minat membaca dan kecintaan kanak-kanak
terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari kecil demi memastikan
kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagi aspek.
·
Hak Penyertaan
Kanak-kanak di Malaysia diberi
hak untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan.
Melalui bermain mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran social mereka. Mereka boleh bergaul bebas tanpa mengira
bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia
tidak dihalang untuk menyertai dan menjadi ahli persatuan dan kelab.
Dalam
usaha untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat perlindungan yang
sewajarnya, beberapa usaha telah dilaksanakan dan beberapa akta perundangan
telah dibentuk, di antaranya;
Akta
Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)
Akta ini
berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan ke atas kanak-kanak yang
memerlukan perlindungan dari penderaan, pengabaian, eksploitasi dan
penghambaan.
Seksyen 2
berkaitan dengan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sekiranya :
·
Kanak-kanak
yang berkemungkinan besar dicedera atau dianiaya dari aspek fizikal, emosi dan
seks.
·
Penjaga
kanak-kanak tidak layak / mengabaikan atau tiada keupayaan untuk menjaga dan
memelihara kanak-kanak dengan
sewajarnya.
·
Penjaga
kanak-kanak telah melakukan pengabaian atau tidak sanggup menjaga dan
menyediakan keperluan yang mencukupi untuk kanak-kanak.
·
Tiada
penjaga yang sanggup untuk menjaga atau
kanak-kanak ditinggalkan oleh penjaganya, tiada orang lain layak untuk
menjaganya.
·
Pengabaian
dilakukan ke atas kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan, siasatan atau
rawatan.
·
Kanak-kanak
berkelakuan yang boleh mencederakan dirinya atau orang lain atau tiada orang
lain yang sanggup menjaga dan memperbaiki keadaan.
·
Terdapat
pertelingkahan kanak-kanak dengan penjaga atau petelingkahan antara penjaganya.
Pertelingkahan menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas dan menyebabkan
gangguan emosi kanak-kanak.
·
Kanak-kanak
terlibat dengan mana-mana kesalahan dalam Bab XVI Kanun Keseksaan.
Akta
Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)
·
Akta ini berkaitan dengan pendaftaran, penawalan dan pemeriksaa
taman-taman asuhan kanak-kanak.
·
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak berumur
di bawah 4 tahun.
·
Akta ini memberi jaminan kepada kesihatan, keselamatan
dan pendidikan kanak-kanak bawah 4 tahun.
·
Kawalan, pengawasan dan pemeriksaan dapat dilaksanakan
dengan penguatkuasaan pendaftaran taman-taman asuhan kanak-kanak ini.
·
Pihak berkaitan berhak masuk dan memeriksa taman-taman
asuhan demi kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.
Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257)
·
Bagi melindungi kanak-kanak daripada didera, diabai dan
dieksploitasi,
·
Akta ini dibentuk untuk mengawal selia urusan pengambilan
anak angkat serta menjamin kebajikan kanak-kanak .
·
Peruntukan undang-undang dalam akta ini adalah
sebagaimana dikanunkan dalam Ordinan mengangkat anak 1960.
Akta Kanak-kanak 2001
(Pindaan 2002)
·
Akta
Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 merupakan
gabungan tiga undang-undang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991,
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.
·
Ianya
merupakan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan, pelindungan dan
pemulihan kanak-kanak demi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.
·
Antara
perkara penting yang diketengahkan oleh Akta ini adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau
penjaga dalam memelihara kesejahteraan
kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak,
penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan
sebagainya.
·
Istilah kanak-kanak menurut akta ini adalah mereka yang
berumur kurang daripada 18 tahun.
·
Akta ini memperuntukkan tugas dan tanggungjawab
undang-undang ibu bapa atau penjaga
untuk mengambil berat keadaan anak-anak mereka.
·
Di samping itu, akta ini mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak
untuk memaklumkan kepada pelindung jika mereka mempunyai alasan-alasan yang
munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi
seks.
·
Rasional
ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk memaklumkan tentang
kemungkinan seseorang kanak-kanak itu didera adalah kerana mereka merupakan
antara pihak yang dekat dengan kanak-kanak tersebut. Mereka ini juga
berkemungkinan besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera.
·
Jika
seseorang kanak-kanak dituduh atas apa-apa kesalahan, maka Mahkamah bagi
kanak-kanak hendaklah memerintahkan supaya ibu dan bapa kanak-kanak tersebut
hadir ke mahkamah kecuali Mahkamah berpuashati bahawa adalah tidak munasabah
untuk mengehendaki kehadiran mereka.
·
Akta
ini juga memperuntukkan bahawa sekiranya
mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak,
menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau
menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu dianiaya, diabai, dibuang atau
didedah hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual,
maka orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-kanak
2001.
·
Ibu
bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika
tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan
perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya
beliau berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas dan maka hukuman yang
berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara
tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Selain itu, mahkamah juga boleh
memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.
Program Pencegahan dan pemulihan
kanak-kanak
Pasukan pelindung
dan pusat aktiviti kanak-kanak telah ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah
yang bertujuan memberikan perkhidmatan kepada keluarga atau kanak-kanak yang
terdedah kepada keganasan, seksual, penderaan dan sebagainya.
Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan
Kanak-kanak
Pasukan ini
ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau
kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dirujuk di hospital.
Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan
Negara
Kanak-kanak di
Malaysia diberi hak bersuara dan memberi pendapat. Suara kanak-kanak didengar
melalui penglibatan mereka dalam penilaian Pelan Tindakan Negara Pertama dan merangka Pelan Tindakan Negara
Kedua. Elemen-elemen dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak telah diambil kira dalam
merangka Pelan Tindakan Negara Kedua.
Sumber: Noriati A. Rashif, Boon, P.Y, Sayrifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.
Sumber: Noriati A. Rashif, Boon, P.Y, Sayrifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.
8 jenis peta-iThink
bahan bacaan yang amat berguna tentang tekanan emosi dalam kalangan murid
ReplyDeleteDiharap dapat membantu mengetahui tentang gangguan emosi di kalangan murid dengan lebih lanjut
DeleteGangguan emosi di kalangan murid semakin serius. Diharap semua pihak dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.
ReplyDeleteTahniah. Blog anda telah disemak dan dinilai.
ReplyDeleteTerima kasih Puan Ramlah kerana telah meluangkan masa menyemak dan menilai blog saya.
ReplyDelete